Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp
Print

Majlis SIRIM Industri 2019

BANNER web MSI 2018-01

Jemputan ke Majlis SIRIM Industri (MSI 2019)

Sukacita dimaklumkan bahawa SIRIM ingin menjemput organisasi/syarikat YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan ke Majlis SIRIM Industri (MSI) 2019, yang akan diadakan pada hari Jumaat, 8 November 2019 bertempat di One World Hotel, Bandar Utama City Centre.

Tujuan majlis tahunan ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada industri yang telah menerima skim pensijilan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat kepada SIRIM Berhad. Syarikat-syarikat yang berkenaan akan menerima sijil tersebut semasa majlis ini diadakan.

Untuk makluman YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan, harga bagi setiap meja (10 tempat duduk) adalah RM3,000 dan jemputan rasmi akan diedarkan kepada semua organisasi/syarikat yang berkenaan bagi tujuan penempahan. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi En. hafiz di talian 03-5544 5121 atau emel kepada mdhafizs@sirim.my atau Pn. Siti Sarah di talian 03-5544 6404 atau emel kepada ssarah@sirim.my.

Semoga kehadiran YBhg. Dato’/Dr/Tuan/Puan dapat memeriahkan lagi Majlis SIRIM Industri 2019 ini.

Sekian, terima kasih.

Jawatankuasa Penganjur
MSI 2019

 

An Invitation to Majlis SIRIM Industri (MSI 2019)

It is our pleasure to invite your organisation/ company to Majlis SIRIM Industri (MSI) 2019, which will be held on Friday, 8 November 2018 at One World Hotel, Bandar Utama City Centre.

This annual event is organised in appreciation to the industries that are certified under various certification schemes offered by SIRIM QAS International Sdn. Bhd., a wholly-owned subsidiary of SIRIM Berhad. The companies will be presented with the certificates during the event.

Kindly be informed that the price of each table (10 seats) is RM3,000 and an official invitation will be sent to the respective companies for booking purposes. For further clarification, please call En. Hafiz at 03-5544 5121 /email at mdhafizs@sirim.my or Pn. Siti Sarah at 03-5544 6404 /email at ssarah@sirim.my.

We look forward to welcoming you at MSI 2019.

From,

Organising Committee
MSI 2019

Download