Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp
Print

Kosmo – SIRIM, Turkish Aerospace meterai MoU bangun industri aeroangkasa

SHAH ALAM – SIRIM Berhad bekerjasama dengan dengan Turkish Aerospace bagi membangunkan ekosistem industri aeroangkasa.

Presiden dan Ketua Eksektuif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, langkah itu hasil Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara kedua pihak dalam mempercepatkan penggunaan teknologi termaju seperti dron ataupun pesawat udara tanpa pemandu.

Katanya, kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam bidang penilaian pematuhan, pembangunan kualiti dan standard, pembangunan penyelidikan dan inovasi teknologi baru bagi industri aeroangkasa.

“SIRIM dan Turkish Aerospace juga berharap untuk membangunkan Rangkakerja Teknologi Strategik Perniagaan Antarabangsa yang berkaitan dengan Industri Aeroangkasa dan mengenal pasti penyelesaian penuh bagi pelaksanaan projek Pembuatan Pintar Industri 4.0,” katanya hari ini.

Terdahulu Ahmad Sabirin bersama Pengarah TUSAS Malaysia, Muhammad Najmi Ibrahim menandatangani MoU sempena dengan Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2021 di SkyPark, Subang hari ini.

Jelas Ahmad Sabrin, SIRIM melalui bahagian penyelidikannya akan membantu proses penyelidikan dan pembangunan melalui rakan industri strategik untuk aplikasi baru seperti bahan termaju termasuklah Nano Coating, Carbon Fiber dan Polimer. -K! ONLINE