Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp
Print

Ketahui Jenis Pelitup Muka di Pasaran

Bermula 1 Januari 2023, pelitup muka bukan perubatan memerlukan pensijilan dan label SIRIM sebelum ia dijual di Malaysia.
Banyak kekeliruan yang timbul mengenai pengwartaan yang dikeluarkan baru-baru ini, kami berharap dengan sedikit perkongsian, dapat menjawab persoalan anda.

Adakah pengguna akan dikenakan tindakan jika tidak memakai pelitup muka yang tiada perakuan SIRIM?

Jawapannya adalah TIDAK.
Hanya pengilang dan pengimport sahaja yang akan dikenakan denda. Pengguna tidak akan didenda.

Apakah perbezaan pelitup muka perubatan dan pelitup muka bukan perubatan?

Pelitup muka perubatan adalah digunakan oleh golongan profesional dan pesakit dihospital.
Pelitup muka bukan perubatan digunakan bukan tujuan perubatan termasuk pelitup muka fabric, pelitup muka pakai buang, pelitup muka 3 lapis dan juga pelitup muka industri.

Pengguna dan pengilang/pengimport pelitup muka bukan perubatan boleh menghubungi kami untuk maklumat selanjutnya di 03-5544 5400 atau email ke cserviceqas@sirim.my

Kami bersedia membantu anda.