Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp
Print

KOSMO – 200 pelajar PSA dapat baucar makanan SIRIM

Ketua Seksyen Pemasaran dan Komunikasi SIRIM QAS International Sdn. Bhd., Rosniza Abdul Wab menyerahkan sumbangan cek baucar makanan bernilai RM30,000 kepada Ahmad Aftas, hari ini

SHAH ALAM – Seramai 200 pelajar golongan B40 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menerima sumbangan baucar makanan daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. berjumlah RM30,000.

Baucar bernilai RM150 setiap seorang itu boleh digunakan pelajar yang layak bagi membeli makanan di kafeteria dan medan selera yang terdapat di PSA.

Menurut Timbalan Pengarah Akademik PSA, Ts. Dr. Ahmad Aftas Azman, sumbangan baucar itu diberikan kepada pelajar yang layak daripada golongan keluarga B40 dengan pendapatan kurang daripada RM4,850 sebulan.

“Kita harap dapat kurangkan beban ibu bapa selain bantu para pelajar mendapat nutrisi lengkap dan secukupnya bagi memastikan mereka berkeadaan baik untuk jalani pembelajaran sebaiknya,” katanya, pada majlis penyerahan cek Program Berkongsi Kegembiraan melalui Baucar Makanan SIRIM QAS International Sdn. Bhd. kepada PSA.

SIRIM QAS International Sdn. Bhd. memperuntukkan sebanyak RM90,000 untuk sumbangan baucar itu yang memberi manfaat kepada 600 pelajar di tiga buah politeknik. – KOSMO!ONLINE