Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp
Print

KOSMO – Topi keledar tanpa cop SIRIM masih banyak di pasaran

Nur Fadhilah (tiga kanan depan) dan Abd. Rashid (dua kanan) menunjukkan jenis topi keledar percuma yang diberikan SIRIM kepada pelajar di UiTM Shah Alam, Shah Alam, hari ini-Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – Penjualan topi keledar tanpa piawaian SIRIM dikesan masih berlaku di kalangan peniaga di pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIRIM QAS International, Nur Fadhilah Muhammad berkata, tindakan mereka itu adalah satu kesalahan dibawah undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Katanya, ini berikutan topi keledar adalah barangan yang dikawal selia dan syarikat pengeluar dan pengedar topi keledar di negara ini diwajibkan menjalani pemeriksaan kualiti oleh SIRIM.

“Untuk makluman, sebanyak 12 buah syarikat pengeluar topi keledar yang mendapat pengiktirafan daripada SIRIM. Meskipun mendapat pengiktirafan daripada kami, syarikat ini diwajibkan menghantar beberapa buah topi keledar setiap kali mereka menghasilkan topi keledar yang baharu, bagi menjalani ujian kualiti daripada SIRIM,” katanya di sini.

Terdahulu beliau bersama Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Abd. Rashid Abd. Rahman menyampaikan 570 buah topi keledar secara percuma kepada pelajar di UiTM.

Nur Fadhilah bagaimanapun memaklumkan pihaknya tidak mempunyai anggaran jumlah topi keledar tidak mempunyai cop SIRIM namun kerap menerima aduan berhubungnya daripada orang awam. – KOSMO! ONLINE