Share

Facebook
Twitter
LinkedIn
Email
WhatsApp
Print

Malaysiandailynews.com – Pihak berkuasa hutan N Sembilan terima aduan, tangani isu ‘ketidakpatuhan’

Unit Pengurusan Hutan (FMU) Negeri Sembilan kini sedang membetulkan perkara melibatkan isu “ketidakpatuhan” di Hutan Simpan Kekal Gallah di Nilai selepas aduan mendakwa aktiviti pembalakan di bukit di kawasan itu telah menjejaskan sumber air masyarakat Orang Asli berhampiran, kata Sirim QAS International.

Walaupun ia tidak menjelaskan sifat ketidakpatuhan itu, pengurus besar bahagian pensijilan sistem pengurusan QAS Sirim Mohd Hamim Imam Mustain berkata FMU Negeri Sembilan telah diberikan tempoh masa tetap untuk menangani perkara itu dan proses mitigasi sedang dijalankan.

Hamim pada maklum balas melalui e-mel mendedahkan Sirim QAS International telah menemui “beberapa kebimbangan” selepas menjalankan audit pengawasan untuk FMU Negeri Sembilan pada bulan Jun.

Katanya, Sirim QAS telah menunjukkan berlaku pelanggaran syarat-syarat Penilaian Kesan Sosial (SIA), serta mekanisme untuk menangani penyelesaian konflik.

“Pengauditan itu dijalankan bagi memastikan tanggungjawab dan tindakan yang diperlukan untuk memperakui FMU kepada piawaian Pengurusan Hutan Lestari Kriteria dan Petunjuk Malaysia.

“Sebelum Sirim QAS memulakan proses pensijilan, FMU dikehendaki menyediakan laporan penilaian yang mendalam tentang kesan sosial mana-mana operasi hutan ke atas penduduk tempatan berhampiran, termasuk langkah yang akan diambil untuk mengurangkan atau mencegah sebarang kesan negatif dan, jika mungkin, meningkatkan impak positif aktiviti tersebut.

“Ini termasuk soal selidik daripada FMU untuk memantau pertikaian dan aduan yang berpunca daripada masyarakat tempatan dan Orang Asli,” tambahnya.

Air keruh dan tercemar

Awal bulan ini, Malaysiakini melaporkan lebih 200 penduduk Kampung Orang Asli Sungai Mahang telah mengalami masalah air keruh dan tercemar sejak Ogos lalu.

Menurut mereka, aktiviti pembalakan di kawasan itu telah menjejaskan sumber air mereka dan walaupun pernah membangkitkan isu itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan namun aduan mereka masih belum ditangani.

Jurucakap Orang Asli dari Kampung Sungai Mahang, Panjang Pandak, 63, memberitahu Malaysiakinipenduduk di Kampung Orang Asli Belihoi, Mantin dan Kampung Orang Asli Tekir turut berdepan kesukaran yang sama.

anjang juga mendakwa aktiviti pembalakan telah menjejaskan sumber makanan dan pendapatan mereka.

Sebagai maklum balas, Hamim mengakui pihaknya telah menerima aduan rasmi daripada wakil masyarakat Orang Asli berhubung perkara berkaitan pencemaran air.

Katanya, Sirim QAS mengambil maklum hal tersebut dan telah meminta FMU Negeri Sembilan untuk memberikan maklum balas bertulis secara rasmi mengenai tindakan pembetulan yang diambil dalam menangani kebimbangan dan aduan itu.

“Sirim QAS juga akan menjalankan audit pengesahan di tapak untuk mengesahkan aduan tersebut,” katanya lagi.

source: https://malaysiandailynews.com/pihak-berkuasa-hutan-n-sembilan-terima-aduan-tangani-isu-ketidakpatuhan/